21 Mei – “Inilah bantuan yang boleh saya berikan kepadanya (abang saya),” itulah kata Rozidah Hassan, 62 tahun yang merupakan salah seorang penerima bantuan menerusi Program Masyarakat Di Hati Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 2025.
Rozidah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan kit makanan daripada MPAG yang akan digunakan menjaga abang angkatnya yang terlantar akibat angin ahmar, masalah buah pinggang dan kencing manis.
Sesuai dengan objektif program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), katanya, ia sememangnya dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin.
#wrur #lendumelaka #lendu #programrakyat #bantuanrakyat #bantuanprihatin #rakyatdanpemimpin #wrur #wakilrakyatuntukrakyat #melakahariini #mhi #melakatv