MELAKA BANGUNKAN PROJEK LIMBUNGAN KAPAL DIINSPIRASI NAMA PANGLIMA AWANG
21 Mei – SM-WEZ Corporation dan Henry The Black Shipyard Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persafahaman (MoU) bagi Projek Enrique Of Malacca Shipyard semasa LIMA’ 25 di Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi.
Projek pembinaan kapal yang melibatkan kos bernilai RM180 juta ini diinspirasikan daripada nama pelayar Melayu terkemuka iaitu Panglima Awang.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, limbungan kapal itu akan dibina di atas tanah seluas 17.12 hektar (42.3 ekar) dalam zon ekonomi khas Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ).
#PanglimaAwang #SMWEZ #LimbunganKapalMelaka #EkonomiMelaka #PembangunanMelaka #mhi #melakahariini #melakatv