21 Mei – Tiga penghuni di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menerima bantuan bersempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menerusi Program Bandaraya Penyayang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata sumbangan yang diberikan merangkumi keperluan asas seperti kit makanan, barangan elektrik dan wang tunai, selain usaha membaik pulih rumah penerima agar lebih selesa didiami bersama keluarga.
🎥 : Farah Othman
#mbmb #mbmbprihatin #bandarayapenyayang #wrur #sungaiudang #melakaprihatin #melakahariini #melakatv