20 Mei – Semua sekolah rendah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menerima peruntukan RM1000 bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.
Perkara itu diumumkan semasa Program Komuniti Wakil Rakyat (WRUR), Perpustakaan Dihatiku, Buku Sahabatku di Perpustakaan Desa Bertam Hulu.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, peruntukan ini membolehkan sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti dan program untuk menyemai minat membaca.
🎥 Zaidi Yaacob
#wrur #programmembaca #amalanmembaca #sungaiudang #perpustam #mhi #melakahariini #melakatv