PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA TERUS DINAMIK

19 Mei – Pelancongan kesihatan Melaka terus dinamik apabila lebih 25 peratus daripada 800,000 rakyat Indonesia mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan di empat hospital swasta utama di negeri itu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kos rawatan yang menjimatkan sehingga 30 peratus menjadikan ramai memilih untuk ke Melaka.

Tambahnya, lawatan beliau ke Pekanbaru, Indonesia bersama Hospital Putra dan sebuah syarikat swasta turut menerima sambutan yang amat baik.

🎥 Zaidi Yaacob

#wrur #pelancongankesihatan #pelanconganmelaka #hospitalmelaka #mhi #melakahariini #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy