BIASISWA PENUH UNTUK PELAJAR TAHFIZ CEMERLANG

17 Mei – Pelajar-pelajar tahfiz yang cemerlang dan memperoleh keputusan 10 A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dicadang akan diberikan biasiswa penuh ke institusi pengajian tinggi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, biasiswa itu ditawar di dua institusi pengajian iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) bagi mengangkat martabat pelajar tahfiz bergelar ahli profesional suatu hari nanti.

📹 Mohamad Fazrul Abdul Majid

#tahfiz #mara #tpm #ahmadzahid #melakatv #melakahariini

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy