RUMAH TRANSIT UNTUK KELUARGA MANGSA KEBAKARAN PPR PAYA RUMPUT

16 Mei – Penempatan sementara untuk keluarga mangsa dalam kebakaran mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di Blok A, Program Perumahan Rakyat (PPR) Paya Rumput, Krubong, disediakan bagi meringankan beban mereka hari ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, rumah transit itu terletak di PPR yang sama, dan kini proses pemindahan keluarga sedang dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak pihak termasuk Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan pemimpin setempat.

🎥 : Farah Othman

#kebakaran #ppr #pprkrubong #kanakkanakmaut #insiden #melakahariini #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy