13 Mei – Ketua Menteri merangkap Pengerusi Perbadanan Melaka (MCORP), Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Melaka (MCORP), hari ini.
Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato’ Azhar Arshad, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MCORP, Datuk Khaidhirah Abu Zahar serta barisan Ahli Lembaga Pengarah MCORP.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar.
Ab Rauf menerusi kenyataan di sosial media rasminya berkata, Kerajaan Negeri Melaka komited untuk memastikan MCORP terus berperanan strategik dalam merancakkan pelaburan, memacu pertumbuhan industri, selain memperkukuh ekosistem TVET di Melaka demi manfaat rakyat dan kemakmuran negeri secara menyeluruh.
🎥 Hasbullah Azhar
#MCORP #PerbadananMelaka #KerajaanNegeriMelaka #BijakLaksanaTUah #BeraniLaksanaJebat #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV