TAPEM BANTU PELAJAR TAHFIZ MELAKA DUDUKI SPM

2 Mei – Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) menerusi Program Tahfiz Bestari membantu pelajar tahfiz menggengam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program itu adalah bertujuan untuk memberi bantuan dermasiswa kepada pelajar-pelajar maahad tahfiz untuk menduduki peperiksaan SPM melalui Universiti Melaka (UNIMEL) tahun ini.

Pengurus Besar TAPEM, Abdul Aziz Baba berkata, bagi tahun ini, seramai 23 pelajar telah terpilih sebagai penerima bantuan dermasiswa berkenaan dalam sesi temuduga yang diadakan di Masjid Al-Ilmi, Universiti Islam Melaka (UNIMEL), hari ini.

🎥 Alya Atiqah

#tahfiz #unimel #tapem #spm #melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy