28 April – Beras Melaka kini mula dijual pada harga serendah RM26 sekampit 10 kilogram (kg).
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beras itu bagaimanapun hanya dijual kepada warganegara Malaysia sahaja.
Jelasnya, ketetapan itu bagi memastikan hanya rakyat Malaysia khususnya di Negeri Melaka sahaja mendapat manfaat beras istimewa yang dihasilkan daripada varieti benih padi MR 297.
#BerasMelaka #Beras #BerasWangi #MR297 #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV