28 April – Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka yang menyediakan Bantuan Peralatan Perniagaan bagi asnaf fakir dan miskin negeri ini.
Bantuan berbentuk wang tunai tanpa perlu bayar balik itu katanya mendorong golongan asnaf mengubah nasib kehidupan mereka untuk memulakan perniagaan.
Beliau berkata demikian pada Hari Kedua Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, hari ini.
#sidangdun #dunmelaka #kebajikan #asnaf #melaka #melakahariini #mhi #melakatv