18 April- Zoo Melaka menurunkan harga tiket sepanjang tahun ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron memaklumkan bahawa tawaran istimewa ini diberikan bersempena Melaka dipilih sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.
Justeru katanya, penurunan harga tersebut diberikan untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung dan pelancong datang ke Zoo Melaka sebagai destinasi percutian mereka.
#tiketmurah #zoomelaka #WTD2025 #WTC2025 #MelakaHariIni #mhi #melakatv