MELAKA SASAR 30 MENARA BAHARU MENJELANG NOVEMBER 2025

18 April – Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu sepanjang tahun ini sekali gus menambah baik jaringan liputan jalur lebar di seluruh Melaka.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, pembinaan menara telekomunikasi itu susulan daripada rungutan dan aduan berhubung capaian jalur lebar yang tidak begitu memuaskan di sesetengah tempat termasuk juga permintaan dalam kalangan wakil rakyat.

Katanya, dalam usaha merealisasikan hasrat itu pihaknya akan berkolaborasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandangkan suruhanjaya itu menetapkan capaian liputan jalur lebar 100 peratus menjelang tahun 2025.

🎥 Zaidi Yaacob

#mitch #menara #telekomunikasi #melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy