7 April – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memastikan kebajikan anak-anak yatim di dua rumah seliaannya iaitu Anak-Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSAS) dan Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) berada dalam keadaan baik.
Setiausahanya, Shaifulfazlee Mohamad berkata, justeru, pihaknya akan melakukan meneliti setiap kemasukan anak-anak yatim ke rumah tersebut terlebih dahulu seterusnya membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
Mengikut rekod, jejumlah RM800,000 diperuntukkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) buat kebajikan dua rumah anak-anak yatim seliaannya itu.
Faris Haikal Zakaria
#anakanakyatim #RAYSAS #KAYFAZ #maim #melaka #melakahariini #mhi #melakatv