1 April – Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang membuka tirai Rumah Terbuka Aidilfitri, hari ini berlangsung dengan meriah apabila pelbagai juadah ‘homemade’ disajikan kepada ribuan tetamu yang datang.
Selain persembahan daripada artis popular tanah air iaitu Hazama dan Dato’ Hattan, majlis itu tambah meriah dengan kehadiran daripada pengunjung yang berbilang kaum.
Hadir memeriahkan lagi majlis, Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam serta Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Aufa ‘Izzati
#rumahterbukaaidilfitri #openhouse #payarumput #rumahterbuka #syawal2025 #melaka #melakahariini #mhi #melakatv