28 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Muhaimin Bemban dalam satu majlis sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Melaka, hari ini.
Ketibaan Tun Dr. Mohd Ali pada jam 12.50 tengah hari disambut mesra oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad.
Tun Dr. Mohd Ali kemudiannya memberikan ucapan ringkas dan sebagai simbolik, beliau menandatangani plak perasmian masjid berkenaan sambil diiringi Ab Rauf.
Zaidi Yaacob
#rasmi #masjid #tyt #tunmohdali #tytmelaka #melaka #melakahariini #mhi #melakatv