25 Mac – Melaka mencetus dimensi baharu dalam sektor peruncitan menerusi pembukaan Tarcor Park di Jalan Persisiran Pantai, Pekan Klebang untuk orang ramai membeli-belah pelbagai jenis barangan.
Pusat membeli-belah berkonsepkan ‘stand alone’ seakan-akan di luar negara itu dilengkapi dengan segala kemudahan, termasuklah gedung pakaian, barangan harian, barangan keperluan rumah dan restoran-restoran berjenama.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pembukaan itu menjadikan kawasan tersebut berpotensi sebagai tumpuan pelancongan baharu, selain menjadi katalis ekonomi Negeri Melaka yang terletak di kawasan Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ).
Faris Haikal Zakaria
#tarkorpark #klebang #belibelah #shopping #melaka #pusatbelibelah #gedungbelibelah #ketuamenterimelaka #melakahariini #mhi #melakatv