18 Mac – Meriah bagaikan malam raya.. Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri menerusi Program Kacau Dodol anjuran Japerun Pantai Kundor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi @ Mohd Hashim berkata, istimewanya, ia bukan sahaja membabitkan penglibatan masyarakat tetapi juga pelbagai agensi yang ada di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor.
Tambahnya, program itu melibatkan lebih 36 pasukan terdiri daripada 20 cawangan UMNO Pantai Kundor bersama-sama 16 jabatan, agensi, pihak swasta dan sekolah yang bersama-sama berganding bahu menyiapkan dodol untuk diagihkan.
Zaidi Yaacob
#PantaiKundor #dodol #kacaudodol #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV