MELAKA SEDIAKAN TEMPAT REHAT ‘ABANG RIDER’

16 Mac – Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak tempat rehat bagi mereka yang terlibat dalam sektor P-Hailing atau perkhidmatan penghantar makanan mengikut lokaliti sekitar Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tempat rehat tersebut akan dijadikan lokasi istirahat pekerja P-Hailing sebagai tanda perhargaan kepada mereka yang telah bekerja bersungguh-sungguh.

Katanya, golongan P-Hailing turut menjadi penyumbang dalam pemangkin ekonomi negeri, justeru Kerajaan Negeri prihatin menyediakan tempat istirahat yang selesa.

#kerajaannegerimelaka #abraufyusoh #majlisbandarayamelakabersejarah #mbmb #ehailing #phailing #rider #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy