‘MASIH ADA YANG SAYANG’

15 Mac – Seramai 120 anak yatim dan asnaf di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diraikan pada program Masih Ada Yang Sayang dan Sumbangan Aidilfitri 2025 MPHTJ di sebuah pusat beli belah, di sini, hari ini.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, pada tahun ini acara tahunan itu telah memperuntukkan sejumlah RM30,000 untuk berkongsi rezeki dengan 60 anak yatim dan 60 asnaf di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Jelasnya, menerusi program itu anak yatim telah menerima sumbangan wang tunai RM50 berserta RM250 bagi membeli pakaian dan baju raya, manakala asnaf menerima wang tunai RM50 berserta barangan keperluan asas bernilai RM100.

#majlisperbandaranhangtuahjaya #mphtj #datinsapiahharon #asnaf #anakyatim #sumbangan #ramadan #Melaka #kerajaannegerimelaka #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy