150 GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN

15 Mac – Golongan memerlukan dalam Parlimen Jasin terus diberi perhatian dengan memberikan bantuan bagi meringankan perbelanjaan penerima di sepanjang Ramadan tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Melaka akan memperincikan setiap bantuan dan sumbangan setiap tahun ke setiap kawasan di negeri ini.

Terdahulu, menerusi Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Jasin di Masjid Asy-Syuja’ah Merlimau, seramai 150 penerima dalam Parlimen itu telah menerima sumbangan dengan peruntukan sebanyak RM15,000.

#kerajaannegerimelaka #merlimau #jasin #sumbangan #ramadan #abraufyusoh #melakatv #melakahariini #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy