8 Mac – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM9.7 juta bagi Projek Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di Negeri Melaka tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PPRS yang dijenamakan daripada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan program pembasmian kemiskinan luar bandar menerusi projek bina baharu dan baik pulih rumah bagi golongan miskin dan miskin tegar.
🎥 Zaidi Yaacob
#PPRT #PPRS #perumahanrakyat #tpm #melakahariini #mhi #melakatv