‘YB HELMY’ SIAP SIAGA PANTAU BANJIR DUN DUYONG

7 Mac – Kawasan berisiko banjir sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dipantau daripada semasa ke semasa bagi memastikan bantuan dapat disalurkan terus kepada mangsa terjejas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, selain jabatan dan agensi berkaitan bertindak pantas menghulurkan bantuan, aspek kebajikan mangsa juga tidak dilupakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dengan sumbangan kit makanan.

Katanya, bantuan itu disampaikan Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Pejabat Ketua Menteri Datuk Muhammad Ahyad Abdullah kepada 10 keluarga yang melibatkan 40 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong.

🎥 Hasbullah Azhar

#pps #banjir #duyong #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy