7 Mac – Kerajaan Negeri Melaka memberi jaminan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini diuruskan dengan baik bagi memberikan keselesaan kepada mangsa bencana.
Itu kata Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, semalam.
“Kebetulan musibah melanda ketika Ramadan, jadi kita akan pastikan makanan untuk berbuka dan bersahut cukup. Secara keseluruhan seramai 223 mangsa dari daerah Melaka Tengah dan Jasin ketika ini ditempatkan di empat PPS,” katanya.
🎥 Hasbullah Azhar
#banjir #pps #danganum #melakahariini #mhi #melakatv