6 Mac – Kedengaran sedikit janggal mendapatkan harga RM10 bagi sebalang kuih raya pada masa kini namun itulah yang dilakukan seorang pengusaha kuih raya di Kampung Gangsa, Azie Izhar, 39 tahun.
Katanya, idea jualan RM10 bagi semua produk kuih raya itu tercetus kerana niat untuk membantu golongan asnaf dan ibu tunggal melalui penjualan kuih raya yang dihasilkan mereka.
Tambahnya, dia berharap lebih ramai peniaga sertai jualan kuih raya ini sekali gus dapat memperluas perniagaan mereka pada masa hadapan.
🎥 Zaidi Yaacob
#syurgacookies #kuihrayarm10 #kuihrayabajet #kuihrayasedap #makananmelaka #bantuasnaf #bantuibutunggal #supportlokal #melakahariini #mhi #melakatv