28 Februari – Projek kawasan perindustrian berteknologi tinggi iaitu Taman Teknologi Jerman (GTP) yang dibangunkan di tanah berkeluasan 169.41 hektar bakal dibangunkan dalam dua fasa.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, dengan anggaran kos pembangunan berjumlah RM227.8 juta, fasa pertama akan meliputi lot tanah industri, premis komersial, pusat riadah dan asrama pekerja yang dijangka siap pada tahun 2027.
Tambahnya, manakala fasa kedua pula membabitkan pembangunan lot industri, kompleks perniagaan dan hab logistik bagi menyokong keperluan industri.
🎥 Faris Haikal Zakaria
#German #TamanTeknologiJerman #Jerman #GTP #GermanTechnologyPark #Perindustrian #pelaburan #melaka #melakahariini #mhi #melakatv