GTP PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI JERMAN

28 Februari – Kerajaan Negeri Melaka mahu menjadikan kawasan Taman Teknologi Jerman (GTP) sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memfokuskan kepada pemindahan teknologi dari Jerman.

Justeru, sebagai langkah pemasaran awal, Kerajaan Negeri amat menggalakkan syarikat-syarikat dari Jerman yang bertapak di Asia Tenggara untuk menjadikan Melaka sebagai hab melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.

🎥 Faris Haikal Zakaria

#GTP #TamanTeknologiJerman #teknologi #Jerman #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy