JEJANTAS TUN TEJA GAMIT PENGUNJUNG

27 Februari – Pembukaan jejantas Tun Teja di Melaka Sentral berkonsepkan reka bentuk Istana Melaka dengan disulami seni bina Melayu berupaya menjadikan ia sebagai ikon pelancongan baharu negeri ini.

Mengguna pakai teknologi lampu diod pemancar cahaya (LED) berwarna-warni, pembukaan jejantas yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh baru-baru ini diyakini bakal menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri.

Pelbagai reaksi diberikan pengunjung yang melalui jalan tersebut.

🎥 Mohd Faiz Hasan

#jejantas #TunTeja #JejantasTunTeja #MelakaSentral #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy