CAPTAIN CRUISE, GUARDIAN BOAT RANCAKKAN SUNGAI MELAKA

23 Februari – River Guardian Boat yang merupakan inovasi terbaharu diperkenalkan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membantu memelihara kebersihan Sungai Melaka daripada tercemar.

Terdahulu, gimik penyerahan River Guardian Boat itu disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Pengkalan Batu di Plaza Melaka Sentral, hari ini.

Turut berlangsung, program Captain Cruise yang merupakan aktiviti di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) iaitu memberi pendidikan awal kepada pelajar sekolah menjadi pengemudi bot pelancongan.

🎥 Faris Haikal Zakaria

#sungaimelaka #guardianboat #captaincruise #ppspm #sungai #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy