PERZIM SASAR 10,000 NIKMATI TIKET PERCUMA

20 Februari – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan kira-kira 10,000 akan berkunjung di kesemua muzium dibawah perbadanan itu bersempena cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, hari ini.

Kurator Bahagian Permuziuman (Pendidikan) Perzim, Noor Azimah Md Ali berkata, setakat jam 10 pagi tadi seramai 2,500 pengunjung telah menebus tiket percuma di beberapa muzium terlibat.

#perzim#haripengisytiharankemerdekaantanahmelayu #bandahilir #percuma #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy