20 Februari – Melancong dapat, makan pun dapat. Semuanya PERCUMA!!
Sebanyak 1,000 pek makanan disediakan buat pengunjung yang selesai menaiki Menara Taming Sari sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan, 20 Februari hari ini.
Edaran makanan itu disempurnakan oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman.
🎥 Faris Haikal Zakaria
#MenaraTamingSari #melancong #makan #percuma #makanpercuma #20februari #lokasipelancongan #melakahariini #mhi #melakatv