19 Februari – Ciptaan inovasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam pembuatan kaki palsu cetakan 3D memberi keselesaan dan pengalaman baharu kepada Mohd Zamri Manan.
Katanya, ciptaan itu memudahkan dia melakukan aktiviti harian kerana ia lebih ringan daripada kaki palsu yang biasa digunakan.
Terdahulu, Majlis Penyerahan Kaki Palsu 3D itu, semalam disempurnakan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan.
🎥 Syazana Shukur
#UTEM #KakiPalsu3D #3D #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV