MELAKA TUNGGU KELULUSAN BAIK PULIH BANGUNAN WARISAN

19 Februari – Kerajaan Negeri sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Warisan Negara bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih bangunan warisan yang mengalami keruntuhan, baru baru ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, menerusi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengemukakan permohonan terbabit dan berharap dapat diluluskan dalam masa terdekat.

#mbmb #heritage #bandahilir #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy