18 Februari – “Rumah menjadi tempatnya berteduh telah usang, dinding pula sudah tidak kukuh akibat dimakan anai-anak selain menjadi tempat tikus bersarang,” kata warga emas Zainon Kassim, 84 tahun.
Katanya, selepas hampir tiga tahun menunggu, dia bersyukur akhirnya permohonannya untuk mendapatkan bantuan baik pulih kediaman diluluskan.
Warga emas itu ditemui pada program ziarah kasih bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin bersama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di kediamannya di Bukit Piatu.
🎥 Hasbullah Azhar
#ZiarahKasih #WRUR #WakilRakyatUntukRakyat #PengkalanBatu #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV