15 Februari – Seramai 220 murid sekolah rendah dalam Parlimen Tangga Batu telah menerima bantuan persekolahan berbentuk alat tulis dan wang tunai disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin di Dewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Taman Paya Rumput Perdana, hari ini.
Rais yang juga merupakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, Program ‘Kembali Ke Sekolah’ Parlimen Tangga Batu diadakan dengan kerjasama MBMB dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) turut mengadakan program gunting rambut percuma buat penerima bantuan berkenaan.
#programkembalikesekolah #parlimentanggabatu #mbmb #mphtj #raisyasin #payarumput #melakahariini #melakatv #mhi