KEJAYAAN ATLET PARA SUKMA MELAKA TERIMA INSENTIF HAMPIR RM100,000

14 Februari – Seramai 20 atlet Para Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Melaka menerima insentif keseluruhan berjumlah RM99,775 selepas mengharumkan nama Melaka di temasya Para SUKMA Sarawak 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata Kerajaan Negeri tidak melupakan sumbangan jasa dan khidmat bakti atlet, jurulatih serta pengurus pasukan yang berusaha keras mempamerkan mutu permainan cemerlang sehingga berjaya membawa pulang tujuh pingat emas, sembilan pingat perak dan 11 pingat gangsa.

#parasukma #sukma #atlet #kerajaannegerimelaka #jbsmelaka #abraufyusoh #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy