13 Februari – Melaka berdukacita dengan tragedi menyayat hati keluarga lima beranak termasuk empat kanak-kanak yang rentung selepas rumah didiami mereka terbakar di Kampung Berangan Enam, Umbai, awal pagi tadi.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Melaka diketuai Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkesempatan menziarahi keluarga mangsa di Hospital Jasin.
Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan awal sebanyak RM2,000 bagi meringankan beban keluarga lima beranak yang terkorban dalam kebakaran tersebut.
🎥 Zaidi Yaacob
#kebakaran #umbai #limaberanak #terbakar #tragedi #melaka #rentung #melakahariini #mhi #melakatv #trending