LEBIH 300 ASNAF DUN PENGKALAN BATU TERIMA BANTUAN AWAL RAMADAN

11 Februari – Seramai 384 orang asnaf menerima bantuan wang tunai pada Majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadan Zakat Fitrah dan Pengagihan Wang Fidyah Kepada Asnaf Fakir dan Miskin Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, seramai tujuh orang asnaf fakir dan 377 golongan asnaf miskin telah menerima sumbangan itu dengan peruntukan sebanyak RM215,850.

#maim #majlisagamaislammelaka #wrur #wakilrakyatuntukrakyat #pengkalanbatu #melakahariini #melakatv #mhi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy