6 Februari – Muzium Sastera yang berfungsi sebagai gedung ilmu yang menyimpan pelbagai perkongsian sejarah tentang perkembangan dunia kesusasteraan menerima pujian daripada Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh.
Ia selepas Sasterawan Negara itu mengadakan lawatan melihat bahan-bahan kesusasteraan dipamerkan di muzium tersebut, semalam.
Muzium yang memaparkan penulisan tokoh-tokoh, sasterawan serta penulis tersohor kelahiran Melaka itu juga disifatkan sebagai ‘lubuk’ bagi memupuk penghayatan sastera kepada generasi masa kini.
Tahniah PERZIM.
🎥 Zaidi Yaacob
#muzium #muziumsastera #sastera #bandahilir #PERZIM #MelakaHariIni #MHI #melakatv