PEMBESARAN KOLAM ATASI BANJIR DI PUTRA HEIGHT

6 Februari – “Jika hujan lebat air dari jalan raya mengalir masuk ke kolam tadahan banjir di Taman Putra Height lalu melimpah masuk ke kampung.

“Jadi saya mohon membesarkan longkang terus ke sungai atau parit berhampiran,” kata Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer mengulas isu banjir berulang di Kampung Pengkalan Batu sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, hari ini.

Turut disentuh adalah mengenai
pembinaan SRA JAIM Kampung Bachang Darat dan masalah jalan raya di Lorong Haji Jalil.

🎥 Hasbullah Azhar

#WRUR #WakilRakyatUntukRakyat #PengkalanBatu #Banjir #TamanPutraHeight #MelakaHariIni #MHI #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy