2 Februari – Tidak cukup dengan Melaka Bila Larut Malam Edisi Februari 2025 yang nyata mendapat sambutan cukup baik, malam tadi, Melaka akan menawarkan tiket percuma sempena cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan nanti.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, sama seperti tahun lepas, beberapa tempat pelancongan akan menawarkan kemasukan percuma kepada rakyat Melaka dan pelancong pada 20 Februari ini.
“Sekurang-kurangnya sembilan produk pelancongan telah mengesahkan mereka akan turut serta.
“Ini secara tidak langsung menjadi salah satu usaha kita mempromosikan produk-produk pelancongan yang ada di Melaka dan diharap syarikat pelancongan swasta turut bersama menyertai inisiatif ini,” katanya.
🎥 Syazana Shukur
#20Februari #pelancongan #melaka #BilaLarutMalam #MelakaBilaLarutMalam #kemerdekaan #pengisytiharan #melakahariini #mhi #melakatv