BILA LARUT MALAM PENGUNJUNG SETIA BERATUR DEMI MENARA TAMING SARI

2 Februari – Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Apatah lagi kalau ‘Bila Larut Malam’ kan.

Produk pelancongan Menara Taming Sari diserbu orang ramai selepas sahaja jam 11 malam pada sambutan Melaka Bila Larut Malam Edisi Februari 2025, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Azan Hassan malah berkata, sebahagian daripada pengunjung telah beratur seawal jam 9 malam sambil disambut dengan pembukaan persembahan tarian singa sementara mereka menunggu detik 11 malam demi menyaksikan panorama Melaka dari sudut ‘mata burung’ itu.

🎥 Syazana Shukur

#menara #tamingsari #menaratamingsari #bilalarutmalam #melaka #melakanightlife #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy