GALERI MUNSYI ABDULLAH: DARI TANAH WAKAF KEPADA TARIKAN BAHARU

28 Januari – Produk sejarah baharu iaitu Galeri Munsyi Abdullah yang terletak di Kampung Ketek di Jalan Tokong itu menjadi tarikan pelancongan baharu di negeri ini.

Siapa sangka galeri dua tingkat yang berkisarkan tokoh kesusasteraan dan penerbitan Melayu terulung itu didirikan atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Setiausahanya, Shaifulfazlee Mohamad berkata, beliau terbuka kepada pihak yang berminat membangunkan hartanah wakaf diuruskan pihaknya sebagai produk pelancongan.

#wakaf #munsyiabdullah #maim #majlisagamaislammelaka #galeri #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy