21 Januari – Kerajaan Negeri komited terus memperkukuh elemen patriostime iaitu cintakan perpaduan negara khususnya dalam kalangan generasi muda.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pelbagai program dan acara akan diadakan pada tahun ini bagi merealisasikan hasrat tersebut.
“Pelbagai program diadakan antaranya Program Pembangunan Pemimpin Pelapis, Townhall Mahasiswa di setiap IPT, Pidato Rukun Negara, Kajian Penyelidik mengenai tokoh-tokoh dan Kelab Sahabat Patriotik Melaka serta banyak lagi,” katanya.
🎥 Faris Haikal Zakaria
#patriotik #pidato #rukunnegara #melaka #perpaduan #melakahariini #mhi #melakatv