MELAKA PERKENAL RECREATIONAL VEHICLE UNTUK KAKI CAMPER

19 Januari – Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini sedang menjadi trend bagi penggemar aktiviti rekreasi dan pengembaraan.

Pada masa sama, Melaka bertekad untuk memperluaskan RV ini di setiap daerah.

“19 Januari – Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini sedang menjadi trend bagi penggemar aktiviti rekreasi dan pengembaraan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri telah melaksanakan kajian dan penelitian di Australia untuk disesuaikan dan dibawa kaedah RV ini ke Melaka.

Ini kerana, menurutnya, di sana (Australia) telah menjadi kelaziman rakyatnya yang rata-rata mempunyai kenderaan sendiri untuk berkhemah dan berekreasi.

“Sebab itu, kita telah membuat penelitian dan perbandingan yang holistik daripada Australia bagi membangunkan tapak-tapak karavan yang bersesuaian dengan suasana di Malaysia,” katanya.

🎥 Zaidi Yaacob

#RV #rekreasi #recreationalvehicle #mbmb #majlisbandarayamelakabersejarah #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy