18 Januari 40 pencapaian utama berjaya dilaksanakan sepanjang dua minggu pelaksanaan siri pertama program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di DUN Kuala Linggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Jelasnya, pencapaian itu meliputi pelbagai aspek sama ada projek kecil, sederhana atau besar yang mana impaknya dapat dirasai warga DUN berkenaan.
Katanya, sebanyak 150 aduan, cadangan dan pandangan juga telah diterima daripada rakyat di kawasan tersebut dan kesemuanya akan cuba diselesaikan sebaik mungkin.
🎥 Zaidi Yaacob
#WRUR #WakilRakyat #UntukRakyat #KualaLinggi #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV