18 Januari – Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) yang menampilkan pelbagai pengisian telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sepanjang dua minggu ‘berkampung’ di kawasan berkenaam, pelbagai keluhan dan denyut nadi penduduk DUN Kuala Linggi berjaya diselesaikan.
Katanya, bahkan program-program yang disusun sempena W.R.U.R itu juga berjaya menarik penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur.
🎥 Zaidi Yaacob
#WRUR #WakilRakyat #UntukRakyat #KualaLinggi #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV