KAMPUNG GUAN, KAMPUNG PERTAMA DI KUALA LINGGI DILENGKAPI KOD QR

16 Januari – Kampung Guan menjadi kampung pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi ditransformasi menjadi Kampung Digital yang bakal dilengkapi kod QR.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, sebanyak 175 buah rumah di Kampung Guan akan ditampal dengan pelekat kod QR yang mana melibatkan Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah (PDTAG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), PLANMalaysia, Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pendaftaran Negara, agensi-agensi berkaitan serta komuniti setempat.

🎥 Hamzatul Akmar

#KampungDigital #KualaLinggi #WRUR #WakilRakyatUntukRakyat #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV #ExcoKomunikasi

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy