13 Januari – Produk pelancongan percuma pada 20 Februari akan diteruskan tahun ini sempena cuti Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Negara.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf pada sidang media Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.
Produk pelancongan percuma itu masih sama seperti tahun lalu, antaranya Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Zoo Melaka dan muzium-muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
#Percuma #pelanconganpercuma #20Februari #cutiumum #Pelancongan #HariPelanconganSedunia #Melaka #tarikhpengisytiharankemerdekaan #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV #foryou #fyp