KEMBARA KAK SOM UKIR SENYUMAN KEPADA PESAKIT TERLANTAR

10 Januari – Shamsuddin Nordin bersama adiknya Mohd Sukery terharu dengan kehadiran Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin yang menyantuni mereka menerusi program Kembara Kak Som.

Terdahulu, rumah pusaka didiami mereka antara kediaman yang terpilih disantuni pada Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, hari ini.

Shamsudin diuji dengan mengalami masalah kesihatan terpaksa menjaga adiknya, Mohd Sukery yang terlantar sakit dan tidak lagi dapat berjalan.

🎥 Zaidi Yaacob

#Kembara #KakSom #WRUR #WakilRakyat #UntukRakyat #KualaLinggi #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy